Sunday, March 7, 2010

Di Timbuni Pelbagai Persoalan, Di Tusuk Seribu Manikam II ....




"Bisingnya bunyi motor tu kak!"

"A'ahla..ada pape ke ea?"

"Entah...."

Ku singkap tirai yang menutupi jendela, ku lihat kelibat sebuah motor di bawah bangunan blok, berada hampir dengan pintu gate kolej...tertanya-tanya, kenapalah agaknya motor ni?hmm............

Seketika, muncul kelibat sebuah kereta Naza berwarna biru....serasa kereta tersebut menarik perhatianku, entah mengapa..mata ku tak ingin lari dari memandangnya.

.........Gelagat penumpang di dalamnya memakukan lagi bebola mata untuk teruskan pemerhatian, firasat mentafsirkan situasi pasangan kekasih, 'mesranya'.....
Hmm.....

ya Allah................
tetiba hati bagai di asak dengan pelbagai persoalan...
Hati serasa bagaikan ditusuk seribu manikam,
Jiwa tertanya-tanya? kenapa diri seakan memberontak?
Akal ligat memikirkan....
jawapan yg terbaik untuk menenangkan diri yg kegelisahan..

ya Allah...............
jangan KAU uji hamba dengan ujian sedemikian,
jangan KAU uji hamba dengan nikmat yg 'menyakitkan'...
jangan KAU uji hamba dengan segala rasa yg hanya akan menipu perasaan,
jangan KAU uji hamba dengan sesuatu yang Engkau tau hamba takkan mampu bertahan....


"Hmm....kenapa ya jadi mcm tu?"
"Apalah agaknya yang mak ayah fikir keadaan anaknya kat U ni?"
"Memang seharusnya beginikan kehidupan di sebuah universiti..?"
"Kenapa aku rasa...selama aku dan kawan2 rapatku berada di sini, kami hanya bangun pagi...pg kuliah, balik kolej, rehat, lepak2...makan, buat asgment, tido........bangun lagi, then pg kuliah lg..then balik kuliah..then klau dtg angin La Nina(serabut sgt2/brg dapur dah kemarau) + ada duit jatuh dr langit,keluarla... then, ulang balik...pegi kuliah, balik kuliah, then...bla..bla...bla.."

"Jom keluar! Bosanla....."
"Jom!..."
"Alaa...ana malas la...."
"Alaa....jomla ana.."
"Xnakla,kalau kamu semua nak kuar pegilah ea.....'
"Hmm....kalau mcm tu, xnakla...xcukup kuota, xboleh jalan....."
"Habis tu nak buat ape ni? tolongla faham...bosan! huhu....'

*** Bosan ke ea kehidupan kami sebagai 'penduduk' di U ni??

"Jom kyna!"
"Nak pegi mane?"
"Nak pegi 'date'..."
"Hah??"
"Jomla....kita pg 'date' kt taman Botanik, mana tau dapat ilham baru,asgment penulisan dakwah awk xsiap lg kn?hehe..."
"A'ah...xsiap lg...jom la ika, boleh tenangkn otak dan jiwa yg tengah kacau bilau ni....huhu!"

*** Salah satu cara untuk hilangkan kebosanan yg melanda.............

Hmm....terus diasak lagi dengan pelbagai persoalan,
Bagaimana ya agaknya adik-adikku?
Jauh benar mereka dari pemerhatian ku.....
Jangan kamu kecewakan harapan org tua kita yg menanti penuh pengharapan adik-adikku syg.....
Jangan kau tersilap dalam perhitungan masa depan mu...
jangan kau tersilap dalam perhitungan mu dengan kebatilan....


Persoalan lagi..........

Apa ya perasaan budak perempuan yg berada dlm kereta tu tadi?
Dan lelaki tu pun, apa ya agaknya perasaan dia bila berada dlm keadaan sebegitu?
Ya...mungkin mereka "tidak tahu"...tdk punya basic yg kukuh dlm ilmu agama...
tapi bkn itu persoalan utamanya, kerana....apa yg membuak-buak di dada, adalah tidak terfikirkah perempuan itu?

Janganlah kau rendahkan harga dirimu syg....

Jangan kau biarkan mereka sesuka hati menikmati mu.....

Apa lagi yg akan ada pada diri slepas semuanya mereka dah kecapi sewaktu 'percintaan'mu?

Jangan sampai kau ditinggalkan setelah kau 'usang'...

Masih punya kesempatan syg.....

Untuk kau ubah realiti yang belum bernokhtah...



P/s ; Muhasabah................

Di Timbuni Pelbagai Persoalan, Di Tusuk Seribu Manikam....




B i l a D i r i d i S a y a n g i ........

Terdengar bisikan mesra,
Kalimah keramat bermentera,
Bermulanya siang berakhir malam ku,
Tak akak ku jemu menyebut namaMu....

Tiada batasan waktu,
Tiada tempatMu tertentu,
Di gunung di lembah, di darat, di air,
siapa pun hamba, keikhlasan doa...
Keagungan kasih merubah takdir,

Bila kusedari diri disayangi,
Langkah kaki ini semakin berani,
Bila terkeliru ku ucap namaMu,
terasa diriku kembali dipandu.....

Engkau yg pertama,tiada akhirnya
aku dalam kegelapan, Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini,
Di bawah naungan kasih sayang Mu,
Ku berserah diri................

By
-Ukay's-


Terasa sebak seketika....... kenapa ya? apa sebenarnya yg mengusik relung hati ini? apa sebenarnya yg ingin jiwa katakan? Diri di timbuni pelbagai persoalan, hati bagai di tusuk seribu manikam................................serasa bagaikan putaran dunia terhenti seketika................

Thursday, March 4, 2010

Rindunya kat blog ni.......



Hmm....tiba-tiba rasa rindu sgt plak kat blog ni, hati teringin sangat nak post macam2 utk dikongsikan dengan sahabat kat dlm blog ni... Tapi, kekangan waktu membataskan segala kudrat, sekarang diri ditimbuni asgment dn presentation yg memang banyak, terasa luar biasa plak semester ni, tak pernah lagi rasa 'padat' bebenor asgment macam ni selama bergelar mahasiswa...kalau kat sekolah dulu memangla, yang itu mmg banyak...cuma satu bezanya dengan bila kita buat 'kerja sekolah' kat IPT ni.. "kerja sekolah" kat IPT ni mmg 'survivor'..semua kena pulun by self, no 'xpandai..xpandai', 'no xreti..xreti'... sbb yg penting, due date semua kena anta, xanta...nasibla, mmg 'kritikal' la nnti nak pulun utk final exam... Tapi seronok sebenarnya buat 'research' ni, dalam kos yg kami ambik ni mmmg memerlukan kami utk byk bermain dengan 'research', jd kena menjadi seorang yg berotak geliga n berfikiran besar sikit dpd yg lain..cuma satu jelah yg kadang buat jd xbrape nak seronok...bila rujukan xbanyak, kalau adapun byk rujukan lama2, bukan nak kata yg lama2 xbagus..tapi kadang2 research jd mcm x up to date plak...sbb data2 n maklumat yg diperolehi banyak melalui kajian2@tulisan2 yg telah lama..tapi bagus jugak sebenarnya rujukan lama2 ni, boleh buat perbandingan, cuma yang paling xseronok bila rujukan xada, yg itu lagi xbest...kalau adapun, kena pg beli sendirilah kt bookstore, 2 yg jadi xsyok sgt 2..sbb masing2 'kekangan' bajet jgk... Hmm,oklah shbt2...lastly, cuma nak bagitahu lepas ni mungkin akan ada lebih byk lg post yg akan dimasukkan...bahan ada dah, cuma masih belum berkesempatan. Terlalu sempit ruang masa yg ada dirasakan, tp Insya'Allah...selesai semua asgment..kami akan usahakan utk post beberapa artikel yg mungkin berguna jgk utk shbt2 semua. Antara artikel yg dlm perancangan hendak di postkn dlm blog slepas ni ialah...brkaitan dgn "Romantiknya Rasulullah s.a.w"... selain dpd itu ada lg bbrapa artikel lain sperti "Kekeliruan Identiti Seorang Daie" .."Komunukasi Suami Isteri".. "Masjid Medan pentarbiyahan Ummah" dan lain2...moga ianya bermanfaat utk tatapan setiap pengunjung blog ini... Sekian,wassalam..............