Showing posts with label EMOSI MANUSIA. Show all posts
Showing posts with label EMOSI MANUSIA. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Mengatasi Kemurungan Berpanjangan........


Kehidupan yang asyik MENEKAN,rasa TERTEKAN berpanjangan,di rumah,ditempat kerja, atau di mana-manapun berada,boleh membawa kepada pelbagai jenis masalah mental termasuk "KEMURUNGAN".

Hari ini bumi basah dilimpahi hujan. Terasa hari berjalan dengan teramat perlahan, malas bergerak dan kurang berminat untuk melakukan apa-apa aktiviti, kecuali TIDUR. Hal ini,mungkin normal memandangkan cuaca sejuk membuatkan diri yang sentiasa ‘dibakar’ kepanasan berasa nyaman dan ingin bersantai menikmati cuaca sejuk selama yang boleh.

Bagaimanapun, jika anda hilang minat terhadap sebarang aktiviti, terutamanya aktiviti kegemaran anda, sepanjang masa tidak kira tempat atau persekitaran, mungkin anda dilanda kemurungan. Di sebalik senyuman ketika di hadapan ahli masyarakat, rakan sekerja dan orang tersayang, seseorang itu tetap berkemungkinan menghadapi kemurungan.

PUNCAnya sukar untuk ditentukan. Ada pesakit yang menderita untuk jangka pendek dan pulih sendiri, ada juga yang sudah lama menderita akibat kemurungan tetapi tidak menyedarinya. Kerap kali juga kita mendengar kata-kata ‘saya berasa murung’ tetapi ada di antaranya cuma bercakap tanpa mengetahui maknanya.

Kemurungan mempunyai definisinya tersendiri bersama simptom tertentu yang menjadi ciri khusus dan penanda aras dalam mendiagnosis pesakit:

*KEMURUNGAN :

Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah masalah telah menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang murung mengalami episod mood yang rendah, dan hilang minat sepenuhnya terhadap sesuatu aktiviti yang sebelum ini digemarinya.

Sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan menjadi antara tanda-tanda kemurungan. Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Mereka yang murung juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik. Orang di sekitar individu yang murung mungkin perasan penampilan yang semakin runsing atau pergerakan semakin perlahan.

Namun, bukan semua individu kemurungan menunjukkan kesemua atau simptom yang sama. Untuk mengelaskan seseorang itu sebagai murung, simptom tertentu (kecuali perasaan ingin bunuh diri) perlu hadir selama sekurang-kurangnya dua minggu.

Di kalangan kanak-kanak pula, simptom murung lebih sukar untuk dikenalpasti dan sering dianggap sebagai ‘membuat perangai’ semata-mata.

*HAKIKAT :

Bagi pesakit yang mengalami kemurungan, meluahkan apa yang terbuku di hati mungkin jalan terbaik untuk melegakan perasaan. Apa yang diperlukan bukan sahaja berdialog dengan doktor, tetapi juga dengan orang tersayang. Hakikatnya, komunikasi adalah satu bentuk terapi yang penting.

Statistik kemurungan global memperlihatkan satu keadaan yang kian membimbangkan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia. Malah, kadar kelaziman penyakit ini juga didapati lebih ketara berbanding hipertensi (tekanan darah tinggi), mahupun diabetes.

WHO turut menganggarkan kadar kematian kejadian bunuh diri akibat kemurungan di rantau Asia Pasifik adalah lebih tinggi berbanding penyakit Tuberkulosis (tibi). Kadar kelaziman kes kemurungan di sesebuah negara adalah pula dianggarkan antara lapan hingga 10 peratus.

Malaysia dalam menuju ke arah pembangunan turut tidak terkecuali daripada menghadapi masalah yang sama di kalangan rakyatnya. Semakin tinggi kadar pemangkin tekanan (stres), semakin tinggi juga kadar kelaziman masalah kemurungan.

Beberapa laporan mendedahkan kira-kira sembilan peratus (hampir 2.5 orang) rakyat Malaysia mengalami kemurungan yang serius. Peratusan ini berada dalam lingkungan sama dengan anggaran purata dunia dengan kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia.

Bagaimanapun, dari segi pecahan jantina, kemurungan menjadi masalah ketiga paling serius untuk wanita berbanding ke-10 serius bagi lelaki. Perbezaaan ini jelas menunjukkan betapa masalah ini menjejaskan hidup wanita yang lebih cenderung menghidap kemurungan, termasuk dalam tempoh tertentu selepas melahirkan anak.

*SENYUMLAH... :

Sedikit berita baik! Rawatan sewajarnya boleh membantu sekurang-kurangnya 85 peratus pesakit yang mengalami kemurungan. Pesakit lazimnya boleh menjalani sesi-sesi kaunseling, terapi ataupun menerusi pengambilan ubat anti kemurungan.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe menjelaskan kemurungan merupakan satu bentuk gangguan emosi yang paling biasa berlaku, namun ramai yang masih tidak memahami apa itu kemurungan dan tidak dapat membezakannya dengan kesedihan biasa.

Tindakan segera mungkin boleh diambil apabila kita mengetahui diri mempunyai simptom-symptom kemurungan seperti yang telah dijelaskan tadi.
Selain itu, Orang ramai juga perlu belajar mempercayai doktor dan ubat-ubatan kerana diagnosis sendiri tidak akan membantu memulihkan keadaan.

Dan sebagai umat islam, kita kembali kepada asal kejadian kita, daripada datangnya kita dan kepada DIA lah juga kita kembali dan berserah. SesungguhNya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYa. Barangkali kita tidak menyukai sesuatu namun rupa-rupanya itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah, Allah s.w.t tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu hambaNya tanggung.Kembalilah kita pada Rukun Iman yang 6, Percaya kepada QADA' dan QADAR.

Untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut berkaitan dengan kemurungan, bolehlah layari laman www.psychiatry-malaysia.org.

disunting drpd :Laman Kesihatan,
Utusan Malaysia: Arkib 10/08/2008

Wednesday, August 26, 2009

KESAN KEGELISAHAN

Kegelisahan menimbulkan:

1)resah dan cemas
2)debaran jantung bertambah cepat
3)Meningkatkan tekanan darah
4)pengsan
5)hilang selera makan
6)tarikan nafas bertambah kencang
7)peluh berlebihan
8)kerap buang air kecil
9)gangguan tidur
10)ketegangan otot
11)gerakan badan bertambah
12)murung dan sedih

JENIS-JENIS KEGELISAHAN

1)kegelisahan realistik
kegelisahan realistik adalah kegelisahan yang dirasai kerana adanya sesuatu ancaman yang nyata yang wujud,atau ancaman yang dijangkakan dalam persekitaran.

2)kegelisahan moral
kegelisahan moral adalah kegelisahan yang terhasil daripada hati nurani atau conscience seseorang individu8.

3)kegelisahan neurotik
kegelisahan neurotik adalah kegelisahan yang timbul daripada perasaan bimbang seseorang yang dia tidak dapat mengawal cetusan naluri-nalurinya sehingga menyebabkan die melakukan sesuatu perkara yang diluar kawalan dirinya.(Fischer,1970 dan Amir,1987)

RANGSANGAN KEGELISAHAN

Penyebab kegelisahan adalah berbeza antara individu dengan individu lainnya.Antara faktor-faktor kegelisahan adalah:

1)kekecewaan
-Kekecewaan berlaku apabila sesuatu perkara yang diingini tidak dapat dicapai sebagaimana yang diharap-harapkan.(Kamal,1996)Contohnya putus cinta,kegagalan dalam peperiksaan,ataupun kematian orang yang dikasihi.

2)konflik
Konflik yang dapat menimbulkan kegelisahan biasanya adalah konflik psikologiyang dialami oleh seseorang individu.
pengalaman trauma
pengalaman trauma dapat didefinisikan sebagai pendedahan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian yang pahit edan sangat mengejutkan dan pengalaman tersebut dapat mengancam kehidupan individu itu.trauma dapat menukarkan persepsi peribadi seseorang terhadap realiti.

3) sahsiah diri
ada individu yang mudah berasa cemas dan bertindak keterlaluan apabila menghadapi sesuatu situasi ytang diluar jangkaan.

4)tekanan
tekanan adalah keadaan emosi yang negatif dan tindak balas fisiologi yang berlaku dalam situasi dimana individu menerima ancaman terhadap tujuan dan matlamat penting yang mungkin tidak tercapai.

MANUSIA DAN KEGELISAHAN...

kegelisahan merujuk kepada reaksi emosi yang lazimnya dialami dalam keadaan apabila seseorang individu merasakan dirinya terancam.(Ramli.1990)
Menurut Trimmer(1970),kegelisahan ialah fenomena membela diri,dimana banyak ciri-ciri kegelisahan yang terjadi,antaranya:
1)debaran jantung
2)bukaan anak mata yang luas
3)dan ketegangan urat saraf
Ciri-ciri kegelisahan ini sebenarnya menyediakan seseorang bagi menghindarkan ancaman-ancaman kepada dirinya.
Akan tetapi kegelisahan dianggap sebagai kecelaruan emosi dan penyakit sekiranyareaksi itu muncul tanpa sebab-sebab yang minasabah(Altrocchi,1980)