Monday, August 31, 2009

AZAB KUBUR SEBUAH HAKIKAT....



Sebagai umat Islam, kita mengimani rukun iman "Beriman dengan hari akhirat", yakni percaya akan kewujudan satu alam lain di akhir kehidupan sebagai manusia. Dan sebelum kita sampai ke destinasi kita yang terakhir ini, ada perjalanan yang perlu diselusuri..
Tidak dapat tidak, kita pasti akan melalui alam ini..ALAM BARZAKH!

SEBAB_SEBAB AZAB KUBUR :

Penyebab UTAMA azab kubur ialah sifat-sifat tercela yang ada dalam jiwa/diri manusia,

* Ibnu Hibban meriwayatkan sabda nabi s.a.w : "Akan diutus untuk orang kafir di dalam kuburnya 99 ular yang sangat besar(tinnin). Semua menggigit dan mematuknya hingga hari kiamat. Andai seekor sahaja dari ular ini keluar ke dunia dan meniupkan(racunnya) ke atas tanah, maka tidak satupun tumbuhan yang dapat hidup di muka bumi.

* Imam al-Ghazali berkata, "Jangan hairan dengan bilangan ular yang banyak ini. Sebab bilangan itu sebanyak bilangfan akhlak tercela yang dimilikinya seperti sombong, riyak , hasad dengki, dendam dan sifat-sifat buruk yang lain.

Penyebab azab kubur lainnya adalam namimah(adu domba), ghibah(mengumpat), dan TIDAK MELAKUAN ISTIBRA' SELEPAS KENCING. Istibra' ialah memastikan air kencing yang tersisa dikemaluan keluar dengan sempurna, yakni dilakukan dengan cara mengurut, berdehem, batuk, berjalan beberapa langkah atau lain-lainnya.

* Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan sabda Nabi s.a.w : "Kebanyakan seksa kubur disebabkan kerana kencing".

* Imam Hannad bin al-Sirri dalam Al-Zuhd meriwayatkan daripada seorang tabiin, 'Amr bin Syurahbil katanya,"Seseorang yang meninggal dunia , lalu malaikat datang kepadanya denagn cambuk api. Ia berkata, "Aku akan mencambukmu seratus kali".
Orang itu berkata:"Mengapa?Aku selalu menjaga diriku semasa hidup".
Malaikat tidak mempedulikan lau mencambuknya satu kali hingga kuburnya penuh dengan api. Malaikat itu lalu berkata, "Engakau pernah kencing lalu solat tanpa wuduk. dan seseorang yang dizalimi datang kepadamu namun engkau tidak membantunya".

Azab kubur juga adalah disebabkan kerana ratapan ke atas mayat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Satu mayat diseksa dikuburnya kerana ratapan seseorang ke atasnya." Para ulama mengatakan bahawa ratapan yang dimaksudkan disini adalah ratapan yang dilakukan untuk melaksanakan wasitanya untuk diratapi.

Herdikan malaikat yang diikuti dengan pukulan godam besi dikepala. Hukuman ini adalah untk orang yang tidak pernah mengambil berat tentang ajaran agama yang seharusnya menjadi panduan hidupnya di dunia.



ASTAGHFIRULLAH...........

ALLAHUAKBAR..............


RUJUKAN : SOLUSI 10

BULAN RINDU...



BULAN RINDU.......

"Ahaln Wasahlan, Ramadan!
Kau bulan kerinduan,
Hadirmu dinantikan,
penyiram jiwa gersang,
membersih dosa bersarang.

Apabila...
Malam pertamamu menjengah,
bertiup al-mutsiiratu dari Arasy,
menggerakkan pohon-pohon syurga,
terdengar sayup-sayup merdu suara,
tak pernah terdenganr oleh telinga,
berbisik si bidadari,
Kahwinkanlah daku,
dengan hamba-Mu yang berpuasa.

Pintaku,
angin mutsiiratu yang dingin,
Membelai segala kepayahan,
memujuk segala kesedihan,
menyejukkan dalam indahnya pengabdian.

Oh,Ramadhan...
hadirmu penuh keberkatan,
sarat rahsia keindahan,
melimpah nur kebaikan,
mamancar cinta ar-Rahman.

Ramadhanku,
kau bagaikan pesta ibadah,
mengajar nafsuku bermujahadah,
tiap saat terkandung hikmah,
memekar kuntuman hidayah.

Alangkah indahnya hidup,
andai malam mu kuhiasi tahajjud,
hayati al-quran penuh takjub,
zakat dihulur bersama zuhud,
amal berganda setinggi Uhud.

Ramadhan ku,
tawaran demi tawaran kau sajikan,
buat peridumu yang beriman,
membentang samudera keampunan,
bernaung kasih tiada tepian.

ramadan,
setahun ku merindu,
kau kini milikku,
hari-harimu pantas berlalu,
kuatkanlah aku ya Rahman,
mengaut segala ganjaran,
berpisah dengan keredhaan....

Nukilan : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP

Sunday, August 30, 2009

SAINS FIZIK MENEMUI ROH...



Salam Ramadhan al-Mubarak...
Alhamdulillah,Bersua kembali kita dalam laman "Tentang Kita"..
Pada kali ini,kami berminat utk berkongsi bersama anda semua tentang penemuan ahli fizik berkenaan dengan ar-Ruh@ROH. Mari kita sama-sama baca dan fahami sedikit ulasan yang disunting daripada Solusi 10 berkenaan dengan topik perkongsian kita ini.

SOLUSI 10 :
Jika semua material yang kita lihat adalah persepsi di dalam otak, jadi manusia ini hanya terdiri daripada otak semata-mata? Sekiranya kita sedang bermimpi melihat seekor burung, kita akan dikatakan bahawa kita melihat burung itu di dalam otak kita. Sudah tentu otak yang kita miliki di dalam mimpi adalah ilusi. demikian juga otak yang sedang membaca artikel sekarang, ia juga ilusi. Persoalan sipakah yang sebenarnya menerima semua persepsi ini telah dibahaskan sejak zaman Yunani. Ahli falsafah cuba memikirkan siapakah "hantu didalam mesin", "manusia kecil di dalam manusia kecil" dan sebagainya. Memikirkanpersoalan ini, kita pasti sedar bahawa "kewujudan" yang melihat, mendengar, merasa, dan menyentuh ini melampaui kebendaan, ia pastinya bukan benda atau imej. Kewujudan ini adalah ROH!!
Agregat persepsi-persepsi yang kita lohat sebagai "dunia sebenar" adalah mimpi yang dialami oleh ROH. Kewujudan bijak yang sedang membaca Solusi ini bukan himpunan atom-atom dan molekul-molekul dan reaksi kimia, tetapi ia adalah satu ROH.
Fakta yang dibentangkan kepada anda di dalam artikel ini bukanlah penemuan baru. Para ulama dan cendekiawan Islam telah mencapai realiti ini. Berdasarkan petanda yang terdapat didalam al-Quran dan hadith, mereka berjaya memahami kepalsuan dunia matriks ini. Imam Rabbani mencatatkan didalam bukunya Maktubat, seluruh alam material ini hanya ilusi dan persepsi. Kewujudan yang mutlak ialah Allah s.w.t.

Menakjubkan bukan?
Subhanallah..Allahuakbar!!!

RUJUKAN : SOLUSI 10
TELAGA BIRU

Friday, August 28, 2009

...SENYUM...



Senyum adalah salah satu bentuk bahasa tubuh.Apakah cara terbaik untuk berkenalan dengan kelompok manusia yang tidak dikenali dalam satu majlis?cukup mudah!! bawa sesuatu yang penting bersama kita iaitu"senyuman yang manis".Ingat!! wajah kita adalah perkara pertama yang dilihat oleh orang lain apabila bertemu dengan kita pada kali pertama. Senyum adalah salah satu bentuk bahasa tubuh.Apakah cara terbaik untuk berkenalan dengan kelompok manusia yang tidak dikenali dalam satu majlis?cukup mudah!! bawa sesuatu yang penting bersama kita iaitu"senyuman yang manis".Ingat!! wajah kita adalah perkara pertama yang dilihat oleh orang lain apabila bertemu dengan kita pada kali pertama.

EMPAT PANDANGAN MANUSIA....


Sebenarnya, manusia memandang apa sahaja di dunia dengan 4 jenis pandangan :

(1) Pandangan Mata
(2) Pandangan Akal
(3) Pandangan Nafsu
(4) Pandangan Mata Hati

1. Pandangan mata

Pandangan mata, sifatnya selalu menipu. Contohnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Ralitinya rel itu tetap sama. Mata kita yang tertipu. begitu juga kayu lurus yang dimasukkan separuh ke dalam air-kelihatan bengkok (sebenarnya ia tetap lurus).
Bulan dilihat indah dari jauh tetapi kita tahu sebenarnya permukaan bulan penuh dengan lopak-lopak, lubang-lubang dan benjolan-benjolan ayng tidak rata seoleh-oleh muka seorang yang berjerawat. Ya, begitulah, ramai manusia yang tertipu dengan pandangan mata.

2. Pandangan akal

pandangan akal( fikiran) pula bersifat boleh tersalah. Berdasarkan kajian Ciaudius Ptolemy ( saintis terkemuka pada zamannya), bentuk bumi adalah mendatar. Dunia ini ada penhujungnya, yang mana jika sesiapa yang berlayar sampai ke hujung dunia, dia akan terjatuh di penjuru itu. Manusia zaman itu sangat percaya kepada "pandangan akal" Ptomely hinggakan tidaka ada sesiapa yang berani belayar jauh, takut-takut terjerlus ke hujung dunia.
Manusia pada zaman pertengahan pula percaya bahawa bumi adalah pusat edaran jagatraya ( centre of universe). Tetapi kepercayaan mereka disalhkan kemudiannya oleh Galileo Galilei dan Nicholas Copernicus yang menjelaskan bumi bukanlah pusat edaran bagi jagatraya tetapi matahari.
Begitulah pandanagn akal manusia yang saling salah menyalah antara satu sama lain. Penemuan orang terdahulu dibatalkan oleh kajian orang sekarang. Kajian orang sekarang dibatalkan oleh kajian orang akan datang. Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas. Justeru, pandangan akal boleh tersalah.

3. Pandangan nafsu

Pandangan ketiga ialah pandangan nafsu. Pandangan ini sifatnya melulu. Jika pandangan akal terbatas,nafsu pula selalu terbabas. tidak ada yang dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang untuk melampiaskan kejahatannya. Sesuatu yang sudah cantik pada pandangan orang lain dipandang sebagai buruk dan keji kerana tidak mengikut selera nafsunya.

4.Pandangan mata hati.

Pandangan yang keempat ialah pandangan mata hati. Ini adalah pandangan yang paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersih dan baik. Apa sahaja yang dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan dengan syarat klebersihan dan kesucian hati itu terjaga.

DIRI PADA PANDANGAN MATA HATI

Sebenarnya diri kita juga boleh dilihat dengan empat pandangan. Cuba bayangkan, kita di hadapan cermin. Bila kita memandang dengan pandangan biasa (hari-hari kita memandang begitu), kita akui itulah diri kita. Kemaskan rambut, betulkan tudung atau rapikan baju, lalu kita berlalu. Itulah pandangan mata biasa. Tetapi ada orang yang melihat dirinya dengan pandangan akal. Bagaimana?

Dengan akal fikiran, berlakulah analisa diri sendiri terhadap wajah dipantulkan oleh cermin. Ah, semakin tembam aku ini. Semakin putih wajahku. Oh, sudah ada garis-garis kedut di pelipis mata. begitulah hasil analisa akal menerusi pandangannya. Hasil pandangan itu kitapun bertindak mengurangkan berat badan, membetulkan kedudukan pakaian, mengunakan bahan kosmatik untuk merawat wajah dan berazam memulakan diet atau senaman. Begitu jugalah halnya dengan pandangan-pandangan lain yang telah disebutkan tadi.. Diri boleh melihat diri sendiri melalui pelbagai pandangan...

RUJUKAN : SOLUSI 9

FUNGSI SENYUMAN DALAM KOMUNIKASI HUBUNGAN



SENYUMAN MUDAH BERJANGKIT
Apabila seseorang melemparkan senyuman kepada orang lain, biasanya senyuman itu pasti berbalas walaupun orang yang membalas senyuman itu mungkin dalam keadaan berduka,marah,ataupun resah namun senyuman manis yang dilemparkan tidak dibiarkan begitu sahaja.Itulah kuasa yang ada pada sekuntum senyuman.
Kita perlu tahu membezakan antara senyuman yang benar-benar tulen dengan yang palsu.Senyuman yang tulen tidak hanya terukir dibibir sahaja.Ianya melibatkan semua bahagian muka terutamanya bahagian mata.Mata orang yang tersenyum dari hati dapat dilihat apabila matanya mengecil.Senyuman yang palsu pula tidak melibatkan mata.Ia hanya kelihatan seperti individu itu hanya senyum dengan bibir sahaja.
Mengapakah senyuman yang tulen mesti melibatkan mata yang mengecil?Pakar bahasa badan,Allen Pease dalam kajiannya mendapati bahagian otot manusia bergerak secara berkumpulan apabila individu merasai sesuatu perasaan.Contohnya orang yang terkejut.Matanya terbuka luas,keningnya menaik dan mulutnya sedikit ternganga.Sama juga seperti senyum.Apabila seseorang itu senyum,otot muka dan matanya bergerak sekali secara konsisten dengan otot pipinya.Dalam erti kata mudah,senyuman yang benar-benar tulen lahir daripada hati dan ia datang dengan pakej senyuman di bibir dan mata sekali.
Senyuman juga menjadi ubat yang mujarab bagi mengubati duka dihati orang yang menerimanya.

SENYUMAN MEMPAMERKAN PERASAAN
Orang yang selalu mengukir senyuman manis adalah orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial yang tinggi,senyuman mereka mampu mengetuk pintu hati orang lain secara halus.percayalah senyuman yang tulus ikhlas kepada orang yang kita sukai memudahkan kita mendekatinya,ia diibaratkan sebagai jalan pintas bagi menyatakan kita menyukainya.


Mengapa susah tersenyum??
  • tidak tahu bila masanya fikiran bawah sedar mereka patut memprogramkan perbuatan senyum itu
  • tidak tahu bagaimana caranya menampilkan apa yang dirasainya kepada orang lain
  • lebih suka memendamkan perasaan mereka
  • tidak mahu menunjukkan tanda yang kita minat berkenalan
  • tidak yakin dengan diri sendiri
  • mempunyai banyak masalah yang merungsingkan kepala

"senyuman itu dianggap manis apabila ia dilemparkan dengan perasaan terbuka dan gembira"

BAHASA SENYUM

Cara kita senyum memberikan mesej emosi kita.Kita juga dapat mengenal pasti emosi seseorang dengan cara mereka senyum.Apabila seseorang senyum tidak semestinya ia gembira.

Jenis-Jenis Senyuman

1)senyuman tanpa mendedahkan gigi

ia adalah senyum yang asas dan ia juga sebenarnya senyum pada dirinya sendiri.ia turut digelar sebagai senyum ahli politik

2)senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas

senyuman dengan cara ini apabila ada pertembungan mata dengan orang lain.Ia adalah senyuman apabila seseorang bertemu dengan orang lain seperti rakan,pengikut yang rapat,atau ahli keluarga

3)senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas dan bawah

senyuman jenis ini selalu dilihat apabila seseorang dalam keadaan gembira dan mata mengecil atau seolah-olah mata terpejam.

"Tindakan yang bakal dilakukan oleh seseorang biasanya lahir daripada perasaannya terlebih dahulu"

-WILLIAM JAMES-

-


MATA LAHIR VS MATA HATI...



Mengapa mata hati menafikan,
penciptaan kali kedua (akhirat),
Sedangkan mata lahir telah menyaksikan,
penciptaan kali pertama (dunia),
dengan begitu terang dan nyata??

(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu)
maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! Dan mereka pun tidak mengingkari kekuasaan Kami).
Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk(hidup semula)dalam bentuk yang baru.. (Surah Qaf 50:15)

CELIK MATA HATI...

Pandangan mata,sifatnya menipu.
Pandangan akal fikiran pula boleh keliru.
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan yang paling tepat dan hakiki ialah....
pandangan MATA HATI...

Bermula denga celik Mata Hati..
Usaha memperbaiki diri bukan suatu suratan(destiny),
tetapi suatu perjalanan(journey). Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang(the long breath war). Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya. Setiap hari proses perubahan sentiasa berlaku. Jika tidak menaik, kita pasti sedang menurun.

Kata bijak pandai : "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam."
Di manakah kita?..

Pintu kepada perubahan diri ialah kesedaran. Kesedaran (awareness) yang dimaksudkan ialah apabila seseorang itu nampak dengan mata hati-pandanga hidup(woldview) yang sebenar. Celik mata hati inilah yang dinyatakan oleh Allah s.w.t melalui firman-Nya :

"Sesungguhnya penglihatan (mata kasar)itu tidaklah buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada(mata hati)."
(Surah al-Hajj 22:46)

Orang yang celik mata hati dapat melihat arah, tujuan, jalan, bekalan, dorongan, halangan dan akhiran hidupnya, yakni menurut pandangan Allah s.w.t.

RUJUKAN&SUNTINGAN : SOLUSI 9