Thursday, August 27, 2009

ANTARA HAMBA DAN KHALIFAH.............


Sebagai MANUSIA, sebagai petugas/pekerja Allah s.w.t, kita mempunyai 2 tanggungjawab utama yang wajib untuk ditunaikan. Pertama, bertugas sebagai KHALIFAH di muka bumi dan kedua sebagai HAMBA yang harus beribadah hanya kepada Allah SWT. Dan masing-masing tugas tersebut harus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya selagi mana nafas masih belum terhenti, dan kaki masih berpijak menumpang di bumi yang fana ini, tempat sementara sebelum menuju tempat yang terakhir, tempat yang abadi, yang kita sendiri pun tidak pasti ke manakah mungkin akan tujunya diri…

*MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH MENTADBIR BUMI :

Firman Allah s.w.t: Surah al-Baqarah 30
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’. Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan (memuliakan) Engkau’. Tuhan berfirman : ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui’. “

Firman Allah s.w.t : Surah Al-An'am 165
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa (khalifah) di bumi. Dia meninggikan sebagian kamu atas sebagian yang lain beberapa derajat, karena Dia hendak mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu, sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Sebagai KHALIFAH atau pemimpin, manusia bertanggungjawab untuk mentadbir alam dengan semampu yang boleh dan sebaik mungkin.Menjaga kesejahteraan bersama, dan menjaga kekuasaan yang dimilikinya agar tidak merugikan, dengan berpegang teguh pada Tuhan dan RasulNya.

*MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH YG BERTAQWA…

Firman Allah s.w.t : Adz-Zariyyat ; 56
"Dan Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan supaya menyembahKu (beribadah kepadaKu)"

Sebagai HAMBA pula, manusia wajib beribadah hanya kepada Allah s.w.t, baik Ibadah "madhlah", iaitu ibadah yang telah ditentukan Allah, seperti Solat 5 waktu, puasa, haji dan zakat, mahupun ibadah "Ghair Madhlah" iaitu ibadah dalam bentuk amal perbuatan yang baik yang dilaksanakan dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t. Al-Qur'an mengajar kita agar ibadah Solat dan ibadah lainnya, perjuangan hidup dan kematian semata-mata hanyalah untuk Allah s.w.t. Allah s.w.t telah menyediakan alam semesta dengan segala isinya untuk manusia agar diurus, dikelola dan dipelihara dengan sebaik-baiknya, untuk kemaslahatan dan kesejahteraan manusia sendiri.

Firman Allah s.w.t : Surah Al-Jatsiyah 13
"Dan disediakan untuk kamu sekalian untuk mempergunakan segala apa yang ada di langit dan di bumi "

Ibadah di sini bukanlah hanya merujuk kepada amal ibadah berbentuk fardhu ain semata-mata, ramai dalam kalangan masyarakat kita sekarang menakrifkan ‘IBADAH’ hanyalah semata-mata
5 perkara dalam Rukun Islam. Bagi mereka ibadah hanyalah Solat, Puasa, Zakat, Menunaikan Haji dan yang sewatu dengannya, tanpa mengetahui bahawasanya takrif ‘IBADATULLAH’ itu amatlah meluas. Hatta kita beristinja juga adalah ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah. PELIK?? Tidak..ianya bukanlah suatu yang pelik, sebab itulah adanya Sunnah nabi berkaitan dengan cara Baginda beristinja. Namun, bukanlah ingin merendahkan martabat Baginda dengan kenyataan di atas. Tetapi untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa skop ibadah itu bukanlah hanya terkurung dalam ruang lingkup agama semata-mata. Jangan kita lupa, takrif ISLAM itu sendiri juga adalah satu cara hidup yang syumul, SUBHANALLAH...

RUJUKAN : Ibnu Majah al-Qazwaini
http://www.akhiratcantik.co.cc
Al-Quran dan Terjemahan Mujamma' Malik Fahd
Aliman Establishment,
Beirut Lebanon

No comments:

Post a Comment