Friday, August 28, 2009

PENTARBIAHAN ANAK-ANAK



PENTARBIAHAN ANAK-ANAK
Menurut al-Sayyid Sabiq,pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani,akli,rohani,perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota yang berguna kepada masyarakat.

MAKNA TARBIAH
Dari sudut bahasa tarbiah ertinya pertambahan,pertumbuhan dan penjagaan.perkataan ini diambil daripada perkataan Robba yang membawa makna membesar.


Dari sudut istilah agama,ia bermaksud cara-cara untuk membesarkan anak dan membentuknya mengikut kaedah yang tertentu.

MAKNA ANAK

Dari segi bahasa:
anak membawa erti bayi yang baru dilahirkan.

Dari segi istilah:
Menurut perkataan Arab ia digunakan untuk anak-anak yang belum baligh(cukup umur).Dan alam kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
-sebelum mumaiyiz iaitu semenjak dilahirkan sehingga berumur tujuh tahun.Pada peringkat umur inikanak-kanak belum lagi dihitung dosanya kerana mereka belum lagi ditaklifkan untuk bertanggungjawab denga sebarang perkara.
-selepas mumaiyiz sehingga cukup umur.Menetapkan umur tujuh tahun sebagai permulaan umur mumaiyiz adalah suatu tempoh yang sudah terlalu lewat.Pada kebiasaannya seseorang itu menjadi mumaiyiz sebelum itu lagi iaitu semenjak mereka boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk.

TEKNIK MENDIDIK ANAK



Sistem Islam tidak pernah memisahkan antara matlamat dan cara.Matlamat yang agung memerlukan cara yang baik.Demikian juga pendidikan anak-anak yang bermatlamatkan ke arah anak yang baik dan solehah.

1)menunjukkan contoh teladan yang baik
-ibu bapa hendaklah menunjukkan akhlak yang baik di rumah kerana anak akan meneladani setiap tutur kata dan perbuatan ibu bapa.Seorang anak itu adalah cerminan ibu bapanya sendiri.
2)Merangsang(targhrib) dan menakut-nakutkan(tarhib)
-anak anak hendaklah sentiasa diberi galakan melakukan kebaikan dan diberi ganjaran apabila melakukannya.Sama juga apabila seseorang anak itu melakukan kesalahan maka haruslah dihukum agar dapat menjadi pengajaran kepadanya.
3)mencontohi dan mengikuti
-taqlid nilai-nilai baik ialah mengikuti apa yang dilakuka oleo ibu bapa yang diterima oleh akal dan diyakini olehnya tetapi dia tidak dapat memberi dalil atas apa yang dibuatnya.

Ibnu Khaldun berkata:anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar.(Al-Muqaddimah)

4)memberi pengajaran(nasihat)
-Al-Quran menyuruh ibu bapa mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan menunjukkan percakapan yang menunjukkan kasih sayang.
5)bercerita
Bercerita juga merupakan satu metode yang baik dalam mendidk anak-anak.cerita yang baik mampu dan diselitkan dengan pengajaran amatlah berguna dalam membentuk akhlak anak-anak.
6)membuat perumpamaan
Anak-anak juga boleh dididik dengan menggunakan perumpamaan.

SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENDIDIK GENERASI?

Dalam sebuah hadis ada mengatakan:
Sesiapa dikalangan kamu mengajar anaknya adalah lebih baik baginya daripada bersedekah setengah gantang makanan kepada orang miskin.

Pihak yang terlibat mendidik anak mengikut Islam:
1)Keluarga dan rumah yang baik dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam
-keluarga adalah pihak utama yang memainkan peranan dalam mendidik anak.
2)Institusi sekolah yang bercirikan Islam
-sekolah yang baik mampu mendidik anak dengan acuan Islam
3)kawan-kawan yang baik
Anak-anak mudah terpengaruh denagan orang disekelilingnya terutama rakan sebaya.
4)institusi masjid
-masjid bukan hanya dijadikan tempat ibadah semata-mata malahan sebagai pusat tarbiah bagi anak-anak.

WASIAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA


• Anakku,suruhlah orang melakukan kebaikan,tegahlah kemungkaran dan bersabarlah kamu atas segala yang menimpa.

• Anakku,janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak dicipta untuk dunia dan Allah tidak menciptakan suatu pun yang lebih hina dari dunia.

• Anakku,janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu.

• Anakku,cukuplah dengan yang sedikitdan redalah dengan apa yang kamu dapat.

• Anakku,bersahabatlah dengan orang-orang yang bijaksana dan redalah dengan apa yang mereka kata,nescaya kamu akan jadi bijaksana.

• Anakku,bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain dan duduklah dengan ahli-ahli zikir.

• Anakku,laksanakanlah hajat-hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu
• .
• Anakku,banyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sekali-kali akan kecewa kerana diam.Tetapi engkau mungkin akan kecewa kerana ketawa.

No comments:

Post a Comment