Friday, August 28, 2009

INSAN



INSAN.....

Takrif insan
Insan atau pun manusia ialah makhluk istimewa kerana mereka boleh berfikir mampu menerima ilmu pengetahuan,dan berkehendak.Malahan manusia adalah sebaik-baik kejadian yang dicipytakan oleh Allah S.W.T sebagaimana firmanNya dalam (surah At-tin ,ayat 4:)

Maksudnya:Sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Menurut ayat di atas,manusia adalah makhluk paling istimewa yang diciptakan Tuhan.

HAKIKAT KEJADIAN INSAN

Al-Quran menerangkan asal penciptaan manusia yang bermula daripada penciptaan Adam a.s dan Adam a.s itu sendiri berasal daripada tanah.Allah s.w.t berfirman:

Maksudnya:Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati(yang berasal) daripada tanah.

Banyak ayat Al-Quran yang menceritakan proses kejadian manusia yang telah diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu dan kebenaran ini telah dapat dibuktikan oleh penemuan sains beberap abad yang lalu.

Nabi Adam diciptakan daripada tanah seperti mana firman Allah yang bermaksud:Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakan-Nya kejadian manusia daripada tanah.
(Surah As-Sajdah,32:ayat 7)

Dan seterusnya manusia berkembang daripada air mani sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia daripada saripati air yang hina(air mani) yang sedikit dipandang orang.
(Surah As-Sajdah,32:ayat 8)

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:ia diciptakan daripada air(mani) yang memancut ke dalam rahim yang keluar daripada tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.
(Surah At-Tariq,86:ayat 6-7)
Proses persenyawaan berlaku dengan cecair yang sedikit dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.Al-Quran telah menerangkan dengan jelas tentang peringkat perkembangan manusia seperti dinyatakan dalam ayat di atas.Peringkat perkembangan manusia di dalam rahim ibu,iaitu persenyawaan dengan sejenis cecair,penempatan zigot dalam rahim ibu,perkembangan embrio,kemunculan organ-organ yang lain yang menjadikan manusia itu bersifat sempurna.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-mukminun ayat 13-14:
(kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penempatan yang kukuh.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku;lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging;kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang.Kemudian Kami balut tulang tulang itu dengan daging.Setelah sempurna kejadian itu,Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.Maka nytalah kelebihan dan ketinggian Allah s.w.t iaitu sebaik-baik Pencipta.

Ketika usia janin 4bulan,Allah s.w.t meniupkan roh dan janin mengaku bahawa Allah s.w.t sebagai Tuhan.

PERJANJIAN MANUSIA DENGAN ALLAH S.W.T

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:Dan (ingatlah wahai Muhammad)ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang,dan ia dijadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri.(Sambil Ia bertanya dengan firman-Nya):Bukankah Aku Tuhanmu?Mereka semua menjawab:Benar!Kami menjadi saksi.Yang demikian supaya kamu tidak berkata di hari kiamat kelak:Sesungguhnya kami adalah lalai(tidak diberi peringatan)tentang (hakikat tauhid) ini.
(Surah al-A’raf,7:ayat 172)

Insan atau manusia mempunyai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sebagai hamba Allah.Allah menjadikan manusia dengan pelbagai tujuan dan matlamat.antaranya adalah sebagai khalifah atau pentadbir diatas muka bumi serperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:
dan(ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

manusia dipilih menjadi khalifah kerana manusia telah dianugerahkan keistimewaan seperti:
1)akal fikiran
-manusia dapat mengenali Tuhan dan membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

2)berbudaya dan bertamadun
-manusia ialah mahkluk yang berbudaya dan bertamadun yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka

3)menjadi rasul
-Allah SWT telah melantik dari kalangan manusia untuk menyampaikan risalah-Nya

4)mempunyai fizikal
-mempunyai bentuk fizikal yang sempurna dan menarik.

5)menjadi khalifah
-manusia dilantik oleh Allah SWT untuk mentadbir dan memakmurkan bumi.

manusia dijadikan tidak lain hanya untuk beribadah kepada Allah SWT.seperti dalam firman-Nya:
dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.
(Surah adz-Dzariyat,51:ayat 56)
Oleh itu insan hendaklah menunaikan tanggungjawab ini dengan sempurna iaitu mengagunggkanNya tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain dan mengatur kehidupan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh insan adalah:

TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH:
1)menyembah Allah
2)mentaati suruhan dan menjauhi laranganNya
3)bersyukur atas nikmat yang diberikan dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
4)sentiasa berzikir dengan memuji-muji dan menyebut nama-nama Allah SWT sebagai tanda mengingati dan mengasihi Nya.

TANGGUNGJAWAB SESAMA INSAN:
1)memelihara hak sesama insan seperti memelihara hak-hak jiran,membantu mereka merlukan bantuan,dan menjalinkan hubungan yang baik tanpa mengira keturunan,darjat,warna kulit,dan agama.
2)sentiasa menghormati dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat.

TANGGUNGJAWAB KEPADA ALAM:
1)memakmurkan alam iaitu mengurus alam secara bijaksana seperti membuat pembangunan secara terancang dan tidak merosakkan persekitaran.
2)memelihara dan memulihara alam agartidak berlaku kepupusan flora dan fauna yang menjadi sumber makanan dan perubatan.

Secara ringkasnya dalam Al-quran Allah SWT sering mengingatkan hamba-hambaNya supaya tidak lupa kepada asal kejadian mereka;yang dijadikan daripada tanah,tetapi telah diangkat darjatnya lebih mulia daripada mahkluk yang lain.Oleh sebab itu,manusia mestilah bersyukur atas kurniaan yang telah diberikanNya.

No comments:

Post a Comment