Friday, August 28, 2009

GAMBARAN AL-QURAN TENTANG MANUSIA....



Islam mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai personaliti manusia. Pandangan islam mengenai personaliti manusia ini pada asasnya adalah selari dengan tuntutan agama di samping ia secara khususnya adalah bersumberkan kepada al-Quran.Perkara ini amat berbeza dengan personaliti barat kerana dalam perspektif mereka, tiada suatu sumber rujukan khusus dan mantap untuk mereka jadikan panduan.

Oleh itu, kebanyakkan teori khususnya pandangan tehadap personaliti manusia biasanya dibangkitkan adalah berdasarkan kepada pemahaman kognitif mereka dan pemerhatian kepada persekitaran. Lantaran itu, sudah pastilah terdapat kekurangan dan kesilapan yang dapat kita lihat.

Keadaan ini cukup berbeza sekali dengan perspektif atau pandangan islam. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan tadi, perspektif manusia pada pandangan islam secara khususnya adalah bersumberkan al-Quran dan hadis Rasullulaah (s.a.w).

PANDANGAN ISLAM TERHADAP MANUSIA :

Melalui situasi ini, islam memandang manusia sebagai makhluk tuhan yang memiliki keunikkan dan keistimewaan tertentu. Sebagai salah satu makhluknya, penciptaan manusia yang mempunyai karekteristik yang mantap adalah bertujuan untuk menjalinkan perhubungan yang utuh antara manusia dengan dirinya sendiri, manusia dengan sesama manusia lain, manusia dengan alam sekitar dan manusia dengan pencipta. Keempat-empat kriteria inilah yang harus dipegang bagi menjadi seorang insan yang mantap dari segi personaliti batin dan zahir.

Selain itu, konsep hubungan manusia dengan dirinya sendiri (hablun minannafsi) bermaksud kesedaran untuk melakukan amal ma’ruf dan meninggalkan nahi mungkar (s.3:110), disamping mengawal diri daripada nafsu-nafsu rendah (s.45:23).

GAMBARAN AL-QURAN MENGENAI MANUSIA :

Melalui sumber al-Quran juga, banyak gambaran mengenai manusia dan kehidupannya dijelaskan.
Antaranya, firman Allah s.w.t dalam surah at-Tin tentang kejadian manusia yang diciptakan dengan bentuk yang sebaik-baiknya.

“Sungguh, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya..”
(Surah at-Tin :4)

dan rupa yang seindah-indahnya ,
“ Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, Dia membentuk rupamu lalu memperbagus rupamu,dan kepada-Nya tempat kembali.”
(Surah At-Taghabun:3)

serta dilengkapi dengan berbagai psikofizik yang istimewa seperti pancaindera dan hati,
“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur.”
( Surah An-Nahl : 78 )

Agar manusia bersyukur kepada tuhan yang telah menganugerahkan
keistimewaan- keistimewaan itu.

RUJUKAN : KAUNSELOR NIK SYUHAROL APIZO,
KUALA LUMPUR.
AL-QURAN DAN TERJEMAHAN (JAKIM),
PUSTAKA DARUL IMAN SDN BHD.

No comments:

Post a Comment