Friday, August 28, 2009

SKRIP KEHIDUPAN MANUSIA DARI KACA MATA PENCIPTA-NYA...



Firman Allah s.w.t : Surah al-Hajj 5

“ Wahai manusia! Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu , dan kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi , kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) diantara kamu yang dikembalikan sampai usia yang sangat tua(pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah kami turunkan air(hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah”.

SKRIP KEHIDUPAN MANUSIA DARI KACA MATA PENCIPTA-NYA :

Kehidupan manusia bermula dari alam roh. Di sana manusia tidak mempunyai jasad . tidak ada jantina, lelaki ataupun perempuan. Bagaimanakah keadaan kita pada waktu itu? Sangat sedikit yang kita ketahui tentang alam itu.

Firman Allah: ‘ Jika kamu bertanya tentang roh katakan roh itu urusan Tuhanmu. Dan tidaklah kamu mengetahui daripada ilmu Allah melainkan sedikit sekali’ .( Surah Al-Israk 17:85)

ALAM ROH :
“ Bukankah Aku ini TuhanMu? Roh menjawab, Ya kami menjadi saksi(kewujudanMu).”
Surah al-A’raf 7:172

ALAM RAHIM :
“ ….Sebaik genap 40 hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap 40 hari kali ketiga bertukar menjadi seketul darah. Kemudian Allah s.w.t mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis 4 perkara, iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan, serta nasibnya….”

ALAM DUNIA :
“ Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya..”
Surah al-Mulk 67:2

ALAM BARZAKH :
“Dan (ingatkanlah) hari kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata dan Kami himpunkan mereka (di padang mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka”.
Surah al-Kahfi 18:47

ALAM MAHSYAR :
“Mereka didedahkan kepada bahang api NERAKA pada waktu pagi dan petang ( semasa mereka berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat ( diperintahkan krepada malaikat) : Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya dalam azab siksa api NERAKA yang seberat-beratnya! “
Surah Ghaafir : 40:46

ALAM SYURGA @ NERAKA :
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dam bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari NERAKA dan dimasukkan ke SYURGA maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya”.
Surah Ali Imran 31:85

Subhanallah…………….

RUJUKAN : SOLUSI 9

No comments:

Post a Comment