Friday, August 28, 2009

EMPAT PANDANGAN MANUSIA....


Sebenarnya, manusia memandang apa sahaja di dunia dengan 4 jenis pandangan :

(1) Pandangan Mata
(2) Pandangan Akal
(3) Pandangan Nafsu
(4) Pandangan Mata Hati

1. Pandangan mata

Pandangan mata, sifatnya selalu menipu. Contohnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Ralitinya rel itu tetap sama. Mata kita yang tertipu. begitu juga kayu lurus yang dimasukkan separuh ke dalam air-kelihatan bengkok (sebenarnya ia tetap lurus).
Bulan dilihat indah dari jauh tetapi kita tahu sebenarnya permukaan bulan penuh dengan lopak-lopak, lubang-lubang dan benjolan-benjolan ayng tidak rata seoleh-oleh muka seorang yang berjerawat. Ya, begitulah, ramai manusia yang tertipu dengan pandangan mata.

2. Pandangan akal

pandangan akal( fikiran) pula bersifat boleh tersalah. Berdasarkan kajian Ciaudius Ptolemy ( saintis terkemuka pada zamannya), bentuk bumi adalah mendatar. Dunia ini ada penhujungnya, yang mana jika sesiapa yang berlayar sampai ke hujung dunia, dia akan terjatuh di penjuru itu. Manusia zaman itu sangat percaya kepada "pandangan akal" Ptomely hinggakan tidaka ada sesiapa yang berani belayar jauh, takut-takut terjerlus ke hujung dunia.
Manusia pada zaman pertengahan pula percaya bahawa bumi adalah pusat edaran jagatraya ( centre of universe). Tetapi kepercayaan mereka disalhkan kemudiannya oleh Galileo Galilei dan Nicholas Copernicus yang menjelaskan bumi bukanlah pusat edaran bagi jagatraya tetapi matahari.
Begitulah pandanagn akal manusia yang saling salah menyalah antara satu sama lain. Penemuan orang terdahulu dibatalkan oleh kajian orang sekarang. Kajian orang sekarang dibatalkan oleh kajian orang akan datang. Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas. Justeru, pandangan akal boleh tersalah.

3. Pandangan nafsu

Pandangan ketiga ialah pandangan nafsu. Pandangan ini sifatnya melulu. Jika pandangan akal terbatas,nafsu pula selalu terbabas. tidak ada yang dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang untuk melampiaskan kejahatannya. Sesuatu yang sudah cantik pada pandangan orang lain dipandang sebagai buruk dan keji kerana tidak mengikut selera nafsunya.

4.Pandangan mata hati.

Pandangan yang keempat ialah pandangan mata hati. Ini adalah pandangan yang paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersih dan baik. Apa sahaja yang dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan dengan syarat klebersihan dan kesucian hati itu terjaga.

DIRI PADA PANDANGAN MATA HATI

Sebenarnya diri kita juga boleh dilihat dengan empat pandangan. Cuba bayangkan, kita di hadapan cermin. Bila kita memandang dengan pandangan biasa (hari-hari kita memandang begitu), kita akui itulah diri kita. Kemaskan rambut, betulkan tudung atau rapikan baju, lalu kita berlalu. Itulah pandangan mata biasa. Tetapi ada orang yang melihat dirinya dengan pandangan akal. Bagaimana?

Dengan akal fikiran, berlakulah analisa diri sendiri terhadap wajah dipantulkan oleh cermin. Ah, semakin tembam aku ini. Semakin putih wajahku. Oh, sudah ada garis-garis kedut di pelipis mata. begitulah hasil analisa akal menerusi pandangannya. Hasil pandangan itu kitapun bertindak mengurangkan berat badan, membetulkan kedudukan pakaian, mengunakan bahan kosmatik untuk merawat wajah dan berazam memulakan diet atau senaman. Begitu jugalah halnya dengan pandangan-pandangan lain yang telah disebutkan tadi.. Diri boleh melihat diri sendiri melalui pelbagai pandangan...

RUJUKAN : SOLUSI 9

No comments:

Post a Comment