Thursday, August 27, 2009

MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF BARAT...



*PERSONALITI MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF BARAT :
(Teori Personaliti Psikoanalisa)

Secara umumnya, teori personaliti psikoanalisa telah dikemukakan oleh Sigmund Freud dan beliau telah dianggap sebagai seorang psikoterapi moden khususnya di barat dan amnya pada masyarakat negara ini.
Menurut beliau, personaliti manusia pada awalnya diistilahkan sebagai topografikal dan boleh dilihat pada akal fikiran manusia yang mana beliau telah membahagikan struktur fikiran manusia ini kepada 3 iaitu alam sedar,alam tidak sedar dan alam prasedar.

Alam sedar merupakan alam di mana manusia mengetahui apa yang telah berlaku dan sedang berlaku terhadap dirinya dan juga persekitaran.Ini misalnya sakit,sunyi,marah dan sebagainya.

Alam tidak sedar pula,merupakan keadaan di mana individu memang tidak menyedari langsung apa yang berlaku.Ini misalnya perubahan-perubahan yang berlaku di dalam sistem saraf kita.

Manakala alam prasedar yang letaknya di antara alam sedar dan alam tidak sedar merupakan keadaan di mana individu sebenarnya tidak menyedari dan tidak tahu yang sesuatu itu berlaku,melainkan jika ia secara sedar memberi perhatian kepada apa yang berlaku itu.Misalnya;detikan jam di dalam pejabat sering tidak kedengaran kerana ditelan oleh suasana bising yang lain.Tetapi,jika individu benar-benar memberi perhatian kepada detikan jam itu,ia pasti akan dapat mendengar detikan jam itu dari saat ke saat.

Peringkat kedua pandangan beliau terhadap personaliti manusia dilihat sebagai teori struktural.Melalui pandangan ini,beliau menumpukan kepada sifat tabii manusia,struktur personaliti dari aspek sifat-sifat seperti id,ego dan superego disamping peringkat-peringkat perkembangan personaliti manusia.
Sifat Tabii Manusia.

Menurut Freud, manusia dilahirkan dengan naluri kebinatangan yang bersifat jahat.Kehidupannya ditentukan dari awal lagi oleh naluri ini.Lantaran dorongan-dorongan dari naluri ini ia boleh bertindak secara tidak rasional dan tidak logik.
Semua kuasa naluri ini tersimpan di dalam suatu sistem tenaga dan kerana itu manusia dianggap sebagai suatu sistem tenaga yang berfungsi sebagai sistem hidrolik.Tenaga ini tidak pernah bertambah dan tidak pula berkurangan atau susut.Tenaga ini sering menjadi rebutan id,ego dan superego kerana sistem yang mempunyai paling banyak tenaga akan berkuasa mengawal tingkah laku dan kehidupan manusia itu.

Tenaga yang berasal dari naluri ini boleh dikatakan terbahagi dua iaitu:

(a)-Tenaga hidup atau naluri hidup atau libido atau eros yang sentiasa berusaha untuk melanjutkan zuriat manusia.Kerana itu ia tidaklah terbatas semata-mata kepada tenaga seks sahaja tetapi meliputi juga usaha-usaha ke arah mengembang,membina dan mendorong manusia ke arah kreativiti.Ia merupakan tenaga pergerakkan atau motivasi yang mendorong manusia kearah mencari keseronokkan dan mengelakkan kesakitan.

(b)-Tenaga mati atau naluri mati atau Thanatos terjelma di dalam bentuk dorongan-dorongan agresif.Kerana itu terdapat pada ketika tertentu manusia cuba menyakiti dirinya sendiri atau membunuh dirinya sendiri ataupun orang lain.

Struktur Personaliti:
Personaliti seseorang itu mengadungi 3 sistem utama iaitu id,ego,superego.

(a)-Id.
Pada pandangan Freud id adalah suatu sistem yang diwarisi.Ia mengandungi desakan untuk keperluan asas seperti makanan,minuman dan seks.Tenaga yang menggerakkan id dipanggil libido sebagaimana yang telah diterangkan pada huraian sifat tabii manusia.Apabila tenaga ini meningkat,tekanan juga akan meningkat yang kemudiaanya mesti dilepaskan atau disalurkan.Id juga bergerak berasaskan prinsip keseronokkan.Apabila ia mahukan sesuatu,ia mahukan dengan cepat tanpa bertangguh-tangguh.Contohnya bayi yang lapar tidak boleh menunggu.Desakan yang paling kuat pada ketika ini ialh untuk memperolehi kepuasan yang segera.

(b)-Ego.
Ego yang bersifat separuh sedar akan beroperasi berasaskan prinsip reality.Ia bertanggungjawab menegndalikan kehendak-kehandak dan desakan-desakan id mengikut cara yang diterima.Sebagai contoh;apabila bayi mula membesar,hasil daripada pengalaman,egonya bertambah kuat.Ia belajar tentang kehendak-kehendaknya yang boleh ditangguhkan dan kadang-kadang matlamt jangka panjang memerlukan pengaibaian jangka pendek.

(c)-Superego.
Superego beroperasi mengikut kesempurnaan dan berfungsi menghalang kehendak-kehendak antisocial id dan menyebabkan seseorang akan merasa bersalah apabila bertingkahlaku tertentu.Ego akan menyeimbangkan kehendak-kehendak id dengan halangan-halangan social (superego).Dengan kata-kata lain ,id dan superego sering berkonflik dan Freud percaya konflik inilah menyebabkan tingkah laku devian.

RUJUKAN : KAUNSELOR NIK SYUHAROL APIZO ,
KUALA LUMPUR.

2 comments:

  1. sigmund freud pun baca kitab...jgn2 dia pun ahli kitab....ramai sarjana barat yang kaji ai quran tapi...Allah tidak pernah bagi hidayah pada mereka.

    ReplyDelete
  2. Maaf, Boleh dapatkan mana vid tuh ? Saya mahu guna untuk presentation. Tq

    ReplyDelete