Monday, August 31, 2009

AZAB KUBUR SEBUAH HAKIKAT....



Sebagai umat Islam, kita mengimani rukun iman "Beriman dengan hari akhirat", yakni percaya akan kewujudan satu alam lain di akhir kehidupan sebagai manusia. Dan sebelum kita sampai ke destinasi kita yang terakhir ini, ada perjalanan yang perlu diselusuri..
Tidak dapat tidak, kita pasti akan melalui alam ini..ALAM BARZAKH!

SEBAB_SEBAB AZAB KUBUR :

Penyebab UTAMA azab kubur ialah sifat-sifat tercela yang ada dalam jiwa/diri manusia,

* Ibnu Hibban meriwayatkan sabda nabi s.a.w : "Akan diutus untuk orang kafir di dalam kuburnya 99 ular yang sangat besar(tinnin). Semua menggigit dan mematuknya hingga hari kiamat. Andai seekor sahaja dari ular ini keluar ke dunia dan meniupkan(racunnya) ke atas tanah, maka tidak satupun tumbuhan yang dapat hidup di muka bumi.

* Imam al-Ghazali berkata, "Jangan hairan dengan bilangan ular yang banyak ini. Sebab bilangan itu sebanyak bilangfan akhlak tercela yang dimilikinya seperti sombong, riyak , hasad dengki, dendam dan sifat-sifat buruk yang lain.

Penyebab azab kubur lainnya adalam namimah(adu domba), ghibah(mengumpat), dan TIDAK MELAKUAN ISTIBRA' SELEPAS KENCING. Istibra' ialah memastikan air kencing yang tersisa dikemaluan keluar dengan sempurna, yakni dilakukan dengan cara mengurut, berdehem, batuk, berjalan beberapa langkah atau lain-lainnya.

* Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan sabda Nabi s.a.w : "Kebanyakan seksa kubur disebabkan kerana kencing".

* Imam Hannad bin al-Sirri dalam Al-Zuhd meriwayatkan daripada seorang tabiin, 'Amr bin Syurahbil katanya,"Seseorang yang meninggal dunia , lalu malaikat datang kepadanya denagn cambuk api. Ia berkata, "Aku akan mencambukmu seratus kali".
Orang itu berkata:"Mengapa?Aku selalu menjaga diriku semasa hidup".
Malaikat tidak mempedulikan lau mencambuknya satu kali hingga kuburnya penuh dengan api. Malaikat itu lalu berkata, "Engakau pernah kencing lalu solat tanpa wuduk. dan seseorang yang dizalimi datang kepadamu namun engkau tidak membantunya".

Azab kubur juga adalah disebabkan kerana ratapan ke atas mayat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Satu mayat diseksa dikuburnya kerana ratapan seseorang ke atasnya." Para ulama mengatakan bahawa ratapan yang dimaksudkan disini adalah ratapan yang dilakukan untuk melaksanakan wasitanya untuk diratapi.

Herdikan malaikat yang diikuti dengan pukulan godam besi dikepala. Hukuman ini adalah untk orang yang tidak pernah mengambil berat tentang ajaran agama yang seharusnya menjadi panduan hidupnya di dunia.



ASTAGHFIRULLAH...........

ALLAHUAKBAR..............


RUJUKAN : SOLUSI 10

No comments:

Post a Comment